SUTRA....

WORLDWIDE OEM, STOKIST & WHOLESALER WANTED !


SUTRA membawa maksud penyatuan antara tubuh dan jiwa dengan menggunakan aromaterapi. Kami menciptakan ketenangan dengan produk yang seimbang untuk keperluan anda, sesuai untuk gaya hidup yang sihat dan moden. Produk-produk kami dirumuskan khas menggunakan hanya 100% minyak yang tulen, memberikan aromaterapi yang bermanfaat untuk minda, tubuh dan semangat anda.

Khamis, 21 Mei 2009

Minyak Pati Serai Wangi - Citronella




Tanaman serai wangi dipercayai berasal sama ada dari Selatan India atau Sri Lanka. Serai wangi juga tumbuh liar di kebanyakan negara di Asia Tropika, Amerika dan Afrika. Di Malaysia, serai wangi biasanya ditanam di halaman rumah sebagai tanaman dapur dan kebelakangan ini terdapat beberapa pengusaha yang berminat untuk menanamnya bagi menghasilkan minyak pati. Serai wangi ialah sejenis tanaman rumput yang tinggi dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Ia boleh tumbuh sehingga 1.0–1.5 m. Daunnya bersifat tirus, panjang sehingga 70 – 80 cm dan 2 – 5 cm lebar. Ia berwarna hijau muda, kasar dengan urat yang selari dan mempunyai aroma yang lebih kuat jika dibandingkan dengan serai makan. Serai wangi jarang berbunga dan hanya berbunga bila sudah cukup matang iaitu pada peringkat umur melebihi 8 bulan.


Botani Tanaman:

Pokok:  Serai wangi ialah rumput saka yang tinggi dan berbau wangi.  Ia mengeluarkan rumpun daun yang lebat daripada rizom yang padat dan boleh membesar sehingga 1-1.5 m tinggi. 
  
Daun:  Daun sesil yang berwarna hijau dan licin.  Purata saiz ialah 60 cm panjang x 2.5 cm lebar. 
Hujung daun adalah runcing. 
  
Batang: Tiada batang tulen.  Sarung daun berperanan sebagai batang palsu. 
  
Akar/rizom:  Rizom padat dan merayap.  Berwarna kekuningan. 
  
BAHAGIAN YANG DIGUNAKAN:  Daun

Penuaian Hasil:

Kematangan tanaman:  2.5 - 3 bulan 
  
Cara mengutip hasil:  Bahagian hasil dikerat 5 cm atas pada batang palsu.  Daun dijemur layu 
sehingga kandungan air dikurangkan sebanyak 30-50 % sebelum diproses untuk mengeluarkan pati minyak. 
Kutipan hasil berikutnya dilakukan selepas jangkamasa 1.5 bulan. 
 

Kegunaan dalam perubatan:

1. Sakit perut:  Minyak pati disapukan untuk melegakan kesakitan

2. Menghalau serangga:  Daun kering digunakan sebagai penghalau serangga
 
3. Cucian selepas bersalin:  Gunakan gandingan air rebusan serai wangi, gandarusa dan daun sirih.


 Kegunaan bahan kimia

1. Caryophyllene

2. Citronellol

Sutra Essential @ sutraessential.blogspot.com

Selasa, 19 Mei 2009

Testimoni Produk SUTRA ESSENTIAL

1. Saya dari gemencheh negeri sembilan… semasa saya pergi karnival halal dekat melaka hari tu. Ada promoter tu offer saya guna produk SUTRA. saya pilihlah lavender aromatherapi soap… balik rumah trylah… uihh… bestnyer.. aroma dia..best. kulit sy jadi lembut…..memang terbukti….sabun sutra nie berkesan. [ lavender soap ] [ ann, n9 ]

2. Baru-baru nie saya pulang ke kampung saya yang terletak di Kelantan. Tahu jelah Melaka ke Kelantan bukannye dekat..Erm..hampir 12 jam perjalanan. So, my dad kenelah drive for along journey….Anak-anak sume pempuan xleh la nak tukar-tukar drive. Then, sepanjang perjalanan tu, everytime die rasa penat jerk.. My mom urutkan bahu ayah guna minayk urut Sutra-Refreshing, bagi badan ayah segar dan tak letih untuk drive. Alhamdulilah massage oil-refreshing tub g kesan ynag baik to my dad n membantu die menyergarkan badan n pulihkan tenaga n hilangkan lenguh-lenguh badan… [ massage oil - refreshing ] [ hanim ]


3. Saya selalu balik kerja lewat . Sampai rumah dah rasa penat x bertenaga lag ink buat kerja. Kemudian saya diperkenalkan dengan energizing blended oil. Balik keje saja, saya terus letakakn beberapa titik denagn shower gel n mandi seperti biasa. Baunye membuatkan saya bertenaga n rileks. Kini saya bbertanbah bertenaga untuk membuat kerja dengan energizing blended essential oil. [ Energizing blended oil ] [ elsa, sarawak ]

4. Selepas menggunakan massage oil Sleep Well, bahu melegakan, menyihatkan dan senang untuk tido. Keesokannya senang bangun dan terasa lebih segar. Tidak rugi isteri saya memperkenalkan produk ini kepada saya.. [ Massage Oil – Sleep Well ] [ Zozli ]

5. Mula-mula saya x berapa percaya tentang keberkesanan sabun ini, tapi apabila telah menggunakannya saya dapati kulit saya yang berjerawat di lengan tangan semakin berkurangan dan baunya memebuatkan saya selesa. [ Soap – Lemongrass ] [ shan, Melaka ]

6. Sebelum ni saya pengguna bodyshop sebab sebab saya suka bau dia yang tahan lama tapi lepas saya guna perfume Sutra Juliet, saya rasa produk ini standing dengan perfume bodyshop yang kite tau sedia maklum international yang mahal harganya. So apa salahnya kita gn produk Negara kita Malaysia kan.. [ Perfuma – Juliet ] [ hanis ]

[ perfume – My Heart ] [ anim, from Melaka ]

8. Pada awal bulan april yang lepas saya telah menemui satu laman web yang memasarkan produk-produk aromatherapy iaitu aromasutra.com. Ianya buatan Malaysia. Pada mulanya saya agak ragu-ragu untuk mencuba kerana tidak pernah mendengar berkenaan produk ini sebelumnya. Oleh kerana harganya yg agak murah jadi saya memutuskan untuk mencuba. Hasilnya………………….sungguh menakjubkan. Dalam masa sebulan mencuba saya amat berpuas hati dengan kesannya. Penggunaan pati minyak tulen lavender bukan shj memberi kesegaran pada tubuh badan, bahkan telah membantu memulihkan dari demam. Ianya berkesan …..saya telah perolehi apa yang diinginkan dengan harga yg berpatutan. Anda juga patut mencubanye.. [ Essential Oil – Lavender ] [ anisa, 22thn ]

9. “ Saya mengetahui tentang produk aromatherapy Sutra ini dari teman lebih kurang 3 minngu yang lalu. Mereka syorkan kepada saya untuk dunakan sabun Sutra n perfume keluaran Sutra..Keinginan untuk mencuba, saya membeli 2 produk iaitu sabun-tea tree n ferfume –juliet. TERNYATA ianya berbaloi. Sabun tea tree telah membuatkan masalah kulit muka saya berkurang. Penggunaan kedua-dua produk ini membuatkan diri saya lebih berkenyakianan. Haruman Juliet telah memberikan kesegaran sepanjang hari. Ianya benar-benar memuaskan hati saya. Sungguh berpatutan.. Sesiapa pun patut mencubanya.. [ Soap – Tea Tree ] [ Perfume – Juliet ] [ hida, 24 thn ]


10. [ Pammy Leo, Kuala Lumpur ] I’ve tried aromatherapy handmade soap (serai wangi). I love it smell anf of course I loved it and want to buy more…

11.[ En Sofi , n9 ] Saya kerja terlalu kuat, Lengan, leher dan bahu saya terasa begitu sakit dan lenguh-lenguh. Teman wanita saya menghadiahkan saya Rfreshing massage oil. Setelah menggunakan sengal-sengal di bahu, lengan dan leher saya mula pulih. Kini saya rasa segar dan tak perlu riso dengan rasa sakit lagi. Sebab saya ada Sutra….. J [Massage Oil – Refreshing ]


Sutra Essential @ sutraessential.blogspot.com

Potensi Besar Minyak Pati Perangi Nyamuk


Oleh Melati Mohd Ariff

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Di sebalik pelbagai pencapaian dalam bidang sains perubatan dekad kebelakangan ini, penyakit yang berpunca daripada nyamuk seperti demam denggi, Japanese encephalitis (JE), filiarisis, malaria dan chikungunya terus menjadi penyakit paling digeruni.

Di Malaysia, penyakit-penyakit ini sememangnya semakin dapat dikawal tetapi rasa bimbang terhadap ancamannya menular lagi tetap ada.

Ini memandangkan nyamuk dan pathogen (agen yang menyebabkan penyakit seperti bakteria atau kulat/fungus) yang dibawa oleh nyamuk berkenaan boleh menjadi kebal dan tidak boleh dihapuskan oleh racun serangga dan ubat.

"Wabak demam denggi yang merebak di seluruh dunia boleh dikatakan berpunca daripada pembiakan serta penyesuaian nyamuk Aedes aegyptii dan Aedes albopictus, yang menyebabkan wabak denggi masih menyerang rantau Asia," kata Dr Nor Azah Mohamad Ali ke Bernama baru-baru ini.

Beliau adalah pegawai penyelidik kanan, program Tumbuhan Ubatan, Bahagian Bioteknologi Hutan, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

LANGKAH TANGANI NYAMUK

Dr Nor Azah berkata langkah terbaik bagi mengawal pembiakan nyamuk ialah sama ada memusnahkan larva atau mengambil langkah perlindungan seperti penggunaan produk racun serangga untuk kegunaan rumah serta penghalau serangga.

"Kawalan nyamuk pembawa kuman pada masa ini bergantung kepada racun serangga kimia dan penyembur sintetik seperti dimethyl phthalatemalathion dan dimethyl-m-toluamide (DEET).

"Meskipun berkesan, sesetengah kimia ini mungkin berbahaya kepada manusia serta alam sekitar (pengurangan ozon) dan penggunaan yang berterusan mungkin menjadikan nyamuk pembawa kuman ini menjadi kebal kepada racun serangga," jelasnya.

POTENSI REMPAH DAN HERBA

Dr Nor Azah mencadangkan kemungkinan rempah dan herba, yang diketahui mempunyai ciri-ciri yang boleh melawan serangga yang kerap ditemui di bahagian minyak patinya, digunakan dalam racun serangga.

Katanya aktiviti minyak pati lazimnya terjadi kerana kehadiran monoterpenoid seperti limonene, citronellol, geraniol dan citronellal yang dilaporkan mempunyai ciri penghalau pelbagai serangga.

"Memandangkan bau memainkan peranan penting dalam mengawal kelakuan serangga, minyak pati boleh digunakan sebagai penghalau serangga," jelas beliau.

Beliau berkata kajian awal FRIM mendapati banyak minyak pati seperti Cymbopogon nardus, Litsea eliptica, Melaleuca cajuputi dan Cinnamomum spp mempunyai ciri penghalau serangga untuk melawan gigitan Aedes aegyptii.

Katanya contoh minyak pati tumbuhan lain yang dilapor boleh menghalau serangga ialah minyak geranium (Pelargonium citrosum), gaharu (Aquilaria malaccensis) dan Sweet Basil (Ocimum spp).

"Terdapat juga spesies beraroma lain yang boleh ditemui di dalam hutan Malaysia atau ditanam di taman untuk ciri-ciri perubatannya dan tujuan masakan. Minyak pati daripada spesies ini juga digemari industri minyak pati," kata Dr Nor Azah, yang berkhidmat dengan FRIM sejak 1987.

ANTARA KAJIAN FRIM

FRIM menjalankan kajian ke atas banyak tumbuhan yang berpotensi untuk digunakan ekstraknya sejak awal 1990an.

"Kajian kami bertumpu kepada kajian proses mengekstrak. Kita juga masuk ke hutan dan membuat pemilihan rawak ke atas tumbuhan yang mengandungi minyak pati.

"Usaha yang dibuat oleh FRIM ini adalah antara penyelidikan minyak pati yang terawal di Malaysia," katanya.

Menurut Dr Nor Azah, mulai 1994, kerja penyelidikan menjurus kepada kajian menghalau serangga termasuk nyamuk dengan fokus kepada tumbuhan yang menghasilkan minyak yang kuat baunya.

"Kami dapati minyak pati mempunyai penawar semula jadi untuk dijadikan bahan penghalau serangga, selain bahan pewangi," tambahnya.

"Apabila FRIM menubuhkan bahagian tumbuhan ubatan pada 1995, kerja penyelidikan difokus kepada aktiviti bioaktiviti. Pada masa itu, denggi adalah penyakit yang sering berlaku dari semasa ke semasa.

"Penggunaan pelbagai jenis penyembur serangga untuk menghalau atau mematikan nyamuk Aedes, lama kelamaan akan menjadikan nyamuk itu kebal kepada penyembur serangga," jelasnya.

Menurut Dr Nor Azah, penyelidikan dibuat ke atas lebih 30 ekstrak tumbuhan termasuk ekstrak tumbuhan serai wangi, beberapa spesies limau (Citrus), medang, gaharu, kemoyang dan sireh.

DUA FUNGSI MINYAK PATI

Penyelidikan lanjut, katanya, perlu dijalankan ke atas tumbuhan yang menghasilkan minyak yang harum yang boleh bertindak bukan sahaja sebagai penghalau serangga tetapi juga boleh digunakan sebagai haruman.

Bagaimanapun, beliau memberitahu bahawa kajian yang dijalankan di FRIM mendapati tumbuhan beraroma seperti Citrus (limau), Ocimum (selasih), Cymbopogon (serai) dan Cinnamomum(medang) menunjukkan potensi ciri menghalau nyamuk apabila diuji ke atas larva atau jentik-jentik nyamuk Aedes aegyptii.

"Kesan minyak pati dalam mencegah gigitan nyamuk terutama Aedes aegyptii dinilai dengan menggunakan kaedah American Society Testing and Materials (ASTM) standard E951-85," jelasnya.

Dr Nor Azah berkata minyak pati yang paling efektif ditemui kebanyakannya daripada minyak pati Citrus.

"Nyamuk tak suka bau-bau tertentu dan akan lari bila tak tahan dengan bau minyak pati. Fokus kita sekarang ialah untuk kesan minyak pati bagi mematikan atau memengsankan nyamuk," jelasnya.

Tambah beliau, penyelidikan minyak pati yang sedang dijalankan di FRIM adalah juga untuk memahami dengan lebih mendalam kesan terapeutik tumbuhan berkenaan, antaranya ke atas kulit manusia.

"Semua benda walaupun semula jadi, kalau digunakan berlebihan ada mudaratnya. Minyak pati tak digalak digunakan secara terus. Perlu diolah dalam bentuk krim atau losen sebagai contoh.

"Ada juga sesetengah minyak pati yang mungkin mendatangkan alahan kepada wanita mengandung," Dr Nor Azah memberi sedikit peringatan.

BEBERAPA HASIL KAJIAN

Antara kejayaan kajian yang dibuat FRIM ialah minyak pati penghalau nyamuk yang diberi nama'Deesrept'. Ia mengandungi satu minyak pati atau sebatian beberapa minyak pati dari keluarga citrus (limau).

Gabungan campuran minyak pati itu, jelas beliau, boleh diolah dalam bentuk krim atau losen.

Menurut Dr Nor Azah, minyak pati itu diekstrak dengan menggunakan proses penyulingan hidro dan disaring kimia bagi mengekalkan tahap ketinggian mutu minyak patinya.

Satu lagi hasil yang mempunyai potensi besar, menurut Dr Nor Azah, ialah produk minyak pati dengan kesan adultisidal iaitu mengesan dan membunuh nyamuk dewasa.

"Produk ini berasaskan herba semula jadi terdiri daripada sebatian minyak pati sebagai penghalau serangga dan mempunyai manfaat aromaterapi.

"Aroma yang menyenangkan ini begitu menyegarkan dan menjadikan kita relaks. Kajian FRIM menunjukkan produk minyak pati ini boleh menghalau nyamuk ke tahap boleh membunuhnya," jelas Dr Nor Azah.

Beliau berkata produk berkenaan boleh juga digunakan sebagai penyembur badan atau penyegar udara.

Katanya sebuah syarikat Bumiputera sedang mengusahakan produk berkenaan untuk tujuan komersial.

PERLU KAJIAN LEBIH MENDALAM

Bagaimanapun, beliau berkata penggunaan ekstrak herba dan minyak pati memerlukan kajian yang lebih mendalam terutama dari segi keselamatan (tidak toksik) serta mempunyai tahap keberkesanan yang optimum," jelasnya.

Dr Nor Azah berkata pihaknya akan membuat lebih banyak kajian kerana ada banyak lagi minyak pati dari khazanah hutan negara yang belum diterokai.

Beliau turut memberitahu bahawa kesedaran masyarakat umum mengenai produk alternatif untuk mengatasi masalah nyamuk sememangnya tinggi.

Namun yang menjadi masalahnya ialah kekurangan produk di pasaran, antaranya kerana sumber bahan mentah yang tidak mencukupi untuk diproses.

Penggunaan bahan mentah herba asli juga menjadikan kos pemprosesan tinggi, tambahnya.

FRIM sendiri, kata beliau, sudah mewujudkan satu stesen kecil penyelidikan di Maran, Pahang untuk menanam tumbuhan herba termasuk serai wangi untuk dijadikan bahan penyelidikan dan tujuan komersial.

Dalam masa yang sama, FRIM, juga kata Dr Nor Azah, turut mengambil langkah proaktif dalam menjaga sumber alam semula jadi.

"Sememangnya hutan kita mengandungi banyak khazanah herba yang berpotensi tetapi jika kita ambil apa-apa spesies untuk kajian, kita akan tanam balik.

"Kita kena usahakan penanaman ini sebab kita tidak mahu orang berkata kita ini hanya pandai buat produk mesra alam tetapi dalam masa yang sama kita juga musnahkan hutan," katanya.

-- BERNAMA

Sutra Essential @ sutraessential.blogspot.com

INKUBATOR TEKNOLOGI PEMPROSESAN MINYAK PATI MARDI


Minyak pati ialah sejenis minyak meruap dan beraroma yang didapati daripada tumbuh-tumbuhan secara sulingan. Bahagian tumbuh-tumbuhan di mana minyak pati boleh diperolehi termasuklah bunga, buah (kulit), daun, biji, akar atau keseluruhan tumbuhan. Minyak pati biasanya digunakan di dalam industri wangian dan kosmetik terutama bagi penghasilan minyak wangi, penyegar udara, bahan cucian dan mandian, aromaterapi, minyak urut, balm dan sebagainya. Minyak pati juga berguna di dalam industri makanan sebagai bahan perisa dan bauan seperti minyak pudina di dalam gula-gula, minyak cengkih dan kayu manis di dalam minuman ringan. Selain itu, minyak pati digunakan dalam pengeluaran bahan kawalan serangga, antiseptik, anti kulat (fungal) dan pelbagai aplikasi dalam industri perubatan.

Industri herba Malaysia mempunyai potensi yang tinggi untuk berkembang dan produk berasaskan herba tempatan (tropika) mempunyai ruang pasaran luas (domestik dan ekspot). Dianggarkan saiz pasaran minyak pati dunia ialah sebanyak USD 7.5 billion. Pada masa ini negara kita banyak bergantung kepada pengimportan minyak pati untuk kegunaan tempatan. Nilai import minyak pati ke dalam Malaysia adalah sebanyak RM 200 juta setahun dan nilai permintaan tempatan untuk produk yang berasaskan minyak pati (kosmetik dan produk penjagaan diri) dianggarkan sebanyak RM500 juta setahun. Justeru itu, industri herba Malaysia berpotensi untuk berkembang dengan lebih pesat lagi jika pengeluaran minyak pati berskala komersil dapat dibangunkan. Secara keseluruhannya kegiatan ini merangkumi aktiviti pengeluaran tanaman, pengurusan lepas tuai, pengekstraktan minyak pati, pembangunan produk berasaskan minyak pati serta perawatan bahan buangan kepada silaj dan kompos.

Industri herba tempatan telah berkembang dengan pesatnya sejak kebelakangan ini tetapi tidak seimbang. Untuk membangunkan industri herba tempatan, pembangunan menyeluruh industri tersebut perlu dilaksanakan termasuk pembangunan pasaran dan penjenamaan.

Di dalam program inkubator teknologi minyak pati MARDI, beberapa teknologi telah dibangunkan. Program ini merangkumi teknologi pengeluaran tanaman, pengeringan, penyulingan, penghasilan produk-produk berasaskan minyak pati, silaj dan kompos. Tanaman-tanaman yang telah dibangunkan terdiri daripada tiga jenis herba iaitu nilam, serai makan dan serai wangi. Teknologi penanaman telah dapat menghasilkan masing-masing sebanyak 30 tan, 40 tan dan 55 tan sehektar/tahun bagi tanaman nilam, serai makan dan serai wangi. Proses pengeringan pula telah dapat dilakukan melalui pembangunan teknologi pengeringan rumah solar yang berkapasiti pengeluaran sebanyak 750 kg/sehari.

Teknologi pengekstraktan minyak pati melibatkan dua proses iaitu proses penyulingan (distillation) dan penyulingan berperingkat (fractionation). Proses penyulingan menggunakan wap tekanan tinggi yang dibangunkan berupaya menghasilkan 16,000 ml minyak pati sehari. Proses penyulingan berperingkat pula dapat menghasilkan minyak pati tulen berbilang gred.

Rangkaian operasi dalam inkubator teknologi produk berasaskan minyak pati meliputi sistem pemprosesan sabun, sistem pemprosesan produk toiletri bentuk cecair dan krim kosmetik, sistem pengisian produk cecair secara automatik dan sistem pembungkusan. Teknologi pemprosesan produk melibatkan pembangunan kilang yang menepati keperluan Good Manufacturing Practice (GMP) dengan spesifikasi susun atur mesin dan tatacara penyusunan bilik bersesuaian. Teknologi pembangunan produk (formulasi) berasaskan minyak pati ini berupaya mengeluarkan sebanyak 15,700 ml bahan aromaterapi dan 3,000 ketul sabun penjagaan diri dan ’toileteries’ sehari.

Untuk melengkapkan program inkubator teknologi minyak pati, kesemua bahan buangan dari proses ini turut dirawat menjadi silaj dan kompos untuk menambahnilaikan lagi pakej teknologi ini juga menjadikannya lebih berdaya maju dan mesra alam. Teknologi penghasilan silaj melibatkan pemeraman (fermentation) bahan buangan daripada sistem penyulingan di dalam tong kedap udara yang dicampurkan bakteria IMO (Indigenous Microbial Organism). Silaj boleh digunakan sebagai sumber serat (fiber) untuk makanan ternakan ruminan seperti lembu dan kambing. Teknologi kompos pula melibatkan pemeraman terbuka (open fermentation) bahan buangan dari penyulingan dan dicampur dengan bahan-bahan lain seperti IMO, urea dan molases. Bahan kompos yang dihasilkan amat sesuai digunakan sebagai baja organik untuk pelbagai tanaman.

Untuk mempercepatkan proses pengkomersilan teknologi ini MARDI telah membangunkan pusat inkubator teknologi minyak pati dan kilang perintis pemprosesan produk berasaskan minyak pati di Stesen MARDI Kuala Linggi, Melaka. Pusat inkubator teknologi ini telah dibangunkan sejak 2006 dan dijangka dapat melatih inkubati pertama pada penghujung tahun 2007. Jangkamasa pembangunan usahawan sebagai inkubati dalam sistem inkubator ini ialah selama 14 – 24 bulan bagi program inkubator teknologi penyulingan dan 6-12 bulan bagi penghasilan produk berasaskan minyak pati. Melalui kaedah ini sekurang-kurangnya dua syarikat inkubati dapat dibangunkan dalam setiap pusingan.

Program inkubator teknologi minyak pati ini telah dibangunkan berasaskan kepada teknologi pakej yang telah dihasilkan juga unjuran analisis kewangan. Kilang yang dibangunkan diunjur memerlukan bekalan bahan mentah (nilam, serai wangi dan serai makan) yang perlu dihasilkan dari ladang yang sekurang-kurangnya seluas 45 hektar.

Analisis kewangan pengeluaran minyak pati dan produk berasaskan minyak pati menunjukkan pelaburan ini secara teknikalnya berkebolehan (feasible) dan berdaya maju (viable) dari segi ekonomi. Berasaskan kepada saiz operasi kilang yang menghasilkan sebanyak 16,000 ml minyak pati sehari pelaburan ini dijangka dapat memberi kadar pulangan dalaman (Internal Rate of Return) sebanyak 28%, nilai kini bersih (Net Present Value) sebanyak RM4.9 juta, nisbah keuntungan kepada perbelanjaan (Benefit Cost Ratio) sebanyak 1.3 dan tempoh bayar balik modal (Payback Period) selama 4 tahun.

Untuk perancangan masa hadapan, inkubator teknologi minyak pati MARDI di Kuala Linggi akan membangunkan minyak-minyak pati berasaskan herba-herba lain seperti limau purut, sireh, kulit kayu manis, tee-tree, bunga cengkih dan bunga-bunga haruman. Pembangunan produk minyak pati akan dipertingkatkan kepada produk-produk spa khusus dan terpilih yang mempunyai potensi pasaran tempatan dan ekspot. Pembungkusan (packaging) dan penjenamaan (branding) yang sesuai akan juga dibangunkan di masa hadapan bagi meningkatkan penguasaan pasaran tempatan dan antarabangsa. Di masa hadapan, dijangkakan lebih ramai lagi usahawan dapat dibangunkan melalui sistem inkubator luar-capaian (out-reached incubator) yang boleh diwujudkan apabila teknologi ini dikembangkan ke kawasan-kawasan pertumbuhan yang lain.

Inkubator teknologi minyak pati ini merupakan pakej teknologi lengkap yang mengintegrasikan aktiviti-aktiviti huluan (up-stream), hiliran (down-stream) dan pemasaran (market). Program inkubator teknologi ini adalah berasaskan kepada teknologi-teknologi asli yang dibangunkan oleh MARDI. Pakej teknologi ini dijangka dapat membantu meningkatkan lagi pembangunan industri herba tempatan ke tahap berdaya maju dan berdaya saing.

Teknologi minyak pati ini telah dapat dipakejkan sebagai satu entiti pelaburan yang dapat memberi pulangan yang lumayan dan disyorkan kepada pengusaha-pengusaha enterprise kecil dan sederhana (EKS). Teknologi minyak pati ini dapat memperkasakan konsep aktiviti perniagaantani dari ladang ke kilang (farm to factory).


Sutra Essential @ sutraessential.blogspot.com

Meneroka manfaat dan khasiat halia

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN


HALIA sememangnya mempunyai nilai perubatan tersendiri. 

Tanaman halia bukan saja digunakan dalam masakan tetapi tumbuhan herba ini juga terkenal sebagai makanan kesihatan malah penyeri landskap. 

Penanaman halia mempunyai sejarah yang panjang dan dikatakan bermula di China sebelum tersebar ke Asia Tenggara, Afrika Barat dan kepulauan Caribbean. 

Halia mengandungi sehingga tiga peratus minyak pati yang memberikannya aroma. Rizom (akar) halia muda biasanya berjus dan mempunyai rasa pedas yang lembut. 

Halia jeruk boleh dimakan sebagai snek dan air halia yang ditambah dalam teh bersama-sama madu akan menambahkan keenakannya. 

Dari segi saintifiknya, semua jenis halia berada dalam Order Zingiberales dan Famili Zingiberaceae.

Pensyarah Kanan, Institut Sains Biologi Universiti Malaya (UM), Prof. Halijah Ibrahim berkata, famili ini dapat dibezakan kerana seluruh atau bahagian tertentu tumbuhan herba ini adalah aromatik. 

Menurutnya, halia tergolong dalam tumbuhan herba yang mempunyai rizom misalnya kunyit, halia dan lengkuas yang biasa digunakan dalam makanan. 

"Keluarga Zingiberaceae mempunyai saiz yang pelbagai dan boleh dibezakan dengan taburan padat di kawasan Asia Tenggara," katanya yang telah lebih 20 tahun menjalankan kajian mengenai halia. 

Pada masa ini, terdapat 350 spesies halia yang dikenal pasti di seluruh negara, manakala Thailand mempunyai lebih 300 spesies. 

Biasanya halis jenis Zingiberaceae terdapat di kawasan tropika dan subtropika dan juga terdapat lebih 52 genera dengan 1,300 hingga 1,500 spesies. 

"Di Malaysia saja terdapat 21 hingga 22 genera dengan lebih 350 spesies," hurai Halijah. 

Beliau berkata, disebabkan halia banyak digunakan dalam pelbagai budaya di seluruh dunia, halia mempunyai kepentingan dalam ekonomi. 

Terdapat halia yang boleh dimakan dan biasanya ditambah dalam masakan seperti rempah atau sebagai ulaman. 

"Kunyit atau Cucurma domestica, Zingir officianale (halia), Elettaria cardamimum (buah pelaga), Alpinia galanga (lengkuas), E elation (kantan), kaempteria galanga (cekur) biasa digunakan dalam masakan," katanya. 

Selain dalam masakan dan minuman, keluarga halia juga banyak digunakan dalam perubatan tradisional yang menggunakan campuran herba. 

Sehingga kini terdapat 30 hingga 40 spesies halia yang direkodkan digunakan dalam perubatan tradisional. 

"Tentu saja masyarakat kenal dengan Zingiber zerumbet (lempoyang), Z. ottensini (lempoyang hitam), Z. officinale var rubrum (halia bara), Ccurcuma aeruginosa (kunyit hitam/temu hitam), C. zanthorrhiza (temu lawak), C. mangga (temu pauh/mangga), C. zedoria (temu putih/kunyit putih). 

"Semua bahan ini banyak digunakan sebagai campuran dalam perubatan tradisional," katanya. 

Halia yang mempunyai bentuk bunga yang cantik dan beraroma juga boleh dijadikan tanaman hiasan dan landskap. 

Beberapa tanaman halia seperti Alpinia purpurata (halia merah), Z. spectabile (cut flower), Alpinia zurember (shell ginger), A. mutica, A. malaccensis, A. latiladis (landskap), Kaemferia spp. sesuai dijadikan tanaman hiasan kerana mudah dikendalikan. 

Tanaman halia yang mempunyai aroma merupakan sumber minyak pati bagi minyak wangi, perisa dan aroma terapi. 

Katanya, kajian perlu dijalankan dengan mendalam memandangkan halia boleh dijadikan sumber kanji manakala dalam dunia perubatan, keluarga halia didapati mempunyai aktiviti biologi yang baik sebagai anti kanser, anti mikrobial, anti oksidan dan anti radangan. 

"Di negara jiran Indonesia, keluarga halia seperti temu, kunyit dan halia banyak digunakan dalam jamu, kosmetik dan teh. 

"Di sini semakin banyak produk dihasilkan daripada halia seperti teh, kosmetik, aroma terapi, krim wajah, krim pemutih dan krim anti penuaan," katanya. 

Beliau yang menyertai Ekspedisi Lanjak Entimau di Sarawak, baru-baru ini untuk meneroka khazanah alam semula jadi berharap akan dapat menemui lebih banyak spesies bagi menambah lagi bilangan, mengemaskini data kepelbagaian halia. 

"Pelbagai aspek kajian mengenai spesies yang baru ditemui dan terdapat kajian yang akan menjadi asas kepada etnobotanikal terutama dalam kepentingan perubatan. 

"Ini akan menjurus kepada menemui dan memulihara spesies endemik yang masih tidak diketahui kegunaannya," katanya. 

Katanya lagi, pihaknya akan mengkaji spesies halia yang berpotensi bagi tumbuhan ornamental untuk dibiakbaka secara tisu kultur untuk dikomersialkan.

Sutra Essential @ sutraessential.blogspot.com

Rabu, 13 Mei 2009

Rakan Sutra Membership Card Promotion @ RM 188.00

RAKAN SUTRA MEMBERSHIP CARD IS NOW OPEN WITH ONLY RM 188!!
RAKAN SUTRA is people who interest in selling Sutra product as a part time job by using catalog that we provide in this RAKAN SUTRA PACKAGE. After becoming RAKAN SUTRA, you will get:

1. 8 types of Aromatherapy Handmade Soaps

2. 6 types of role on Perfume

3. Membership card (where it must renew every 1 year)

4. Product catalog.

WHY YOU NEED TO BE RAKAN SUTRA?
As become RAKAN SUTRA, we  will give much benefit to you, such as:

1. Sutra product catalog

Each member will get our product catalog that will be use to promote our product to customer. (Catalog business).

2. Discount 10% if you get a service from Spa, Beauty Boutique, Saloon or any registered business that will register under our company.

If SUTRA POINT/ RAKAN SUTRA do have Spa, Beauty Boutique, Saloon, or any registered business, you can register under us and we will list down your Spa, Beauty Boutique, Saloon or any registered business inside our web sitewww.sutraessential.com. If RAKAN SUTRA interest to get treatments, services or products from spa, beauty boutique, saloon or any registered business, you will get 10% discount through your membership card. SUTRA POINT/ RAKAN SUTRA who register their business under us will get benefits where their business will get attention from RAKAN SUTRA who interest. So, for all spa, beauty boutique, saloon or any owner of registered business, this is a chance for you to promote your business to RAKAN SUTRA which register under us. Imagine how much benefit you will get if many RAKAN SUTRA wants to get treatments, services and product from you after this!!

3. Discount 10% for repeat purchase of Sutra product.

We also offering you 10% discount for repeat purchase of Sutra product. You will get a chance to get our product in a cheaper price. 

4. Health assurance better by using our product.

Besides selling our product, you also have a chance to take care of your health by using our product because aromatherapy is one of the alternative treatments to cure disease.

You also have a chance to:

Join vacation for Sutra Group
Join Family Day activity for Sutra Group once in each 6 month.
Meeting with all Sutra Group in each 6 month.

Sutra Essential @ sutraessential.blogspot.com

Selasa, 12 Mei 2009

Sutra Essential's Blog

I found this fascinating quote today:



SUTRA ESSENTIAL at Ekspo Harta Intelek Malaysia 2009 in KLCCOur SUTRA ESSENTIAL Booth at Melaka Pavilion during Ekspo Harta Intelek Malaysia 2009 at KLCC Convention Centre, 22 to 26 April 2009.  Posted by mafizah at 11:46 AM Labels: aromaterapi, aromatherapi, Aromatherapy from International Therapy Examination Council, aromatherapy oil, Harta Intelek, KLCC, Minyak Wangi Aromaterapi Dari Tumbuh-Tumbuhansutraessential, Sutra Essential's Blog, May 2009



You should read the whole article.