SUTRA....

WORLDWIDE OEM, STOKIST & WHOLESALER WANTED !


SUTRA membawa maksud penyatuan antara tubuh dan jiwa dengan menggunakan aromaterapi. Kami menciptakan ketenangan dengan produk yang seimbang untuk keperluan anda, sesuai untuk gaya hidup yang sihat dan moden. Produk-produk kami dirumuskan khas menggunakan hanya 100% minyak yang tulen, memberikan aromaterapi yang bermanfaat untuk minda, tubuh dan semangat anda.
Memaparkan catatan dengan label kilang minyak pati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kilang minyak pati. Papar semua catatan

Selasa, 26 Mei 2009

Alat penyulingan minyak pati skala sederhana.


Alat penyulingan minyak pati skala sederhana.
 
Sistem penyulingan mengandungi unit tabung bahan, satu unit dandang setelit, satu unit kondenser, satu unit pemisah minyak dan satu unit sistem gentri.  Setiap tabung bahan mempunyai kapasiti 23.4 m3 yang boleh dimasukkan lebih kurang 500 kg daun tea-tree yang baru dituai.  Dandang setelit menjana 120-150 kg/jam wap yang sederhana kering ditekanan atmosfera.  Diesel digunakan sebagai bahan bakar.
 
Wap dimasukkan ke dalam dua tabung bahan menerusi dua paip.  Penyulingan berlaku di dalam dua tabung bahan mengandungi bahan sulingan.  Wap yang mengandungi minyak pati disalurkan kepada kondenser di mana wap dan air akan menjadi cecair dan dikumpulkan di dalam pemisah minyak.  Minyak pati yang diperolehi kemudian dipisahkan dari air.  Tabung bahan, dandang setelit, kondenser dan pemisah minyak adalah diperbuat daripada besi kalis karat gred 304 dengan ketebalan yang tertentu.  Kecekapan sistem ini adalah seperti berikut:
 
1.         Perolehan kembali (recovery) 90% dan jumlah masa ekstraksi adalah lebih baik dari teknik penyulingan basah (60%) untuk tea-tree.
 
2.         Rekabentuk tabung bahan menggunakan ukuran asas (masa asas, ukuran kenaikan paras ketinggian bahan suling dan faktor lag) suatu penyuling ujian terbukti berjaya.
 
3.         Penggunaan wap yang sederhana kering mengurangkan kehilangan minyak melalui “run off” dan kesan “hydrophillic”.
 
4.         Dandang wap menjana wap secukupnya ditekanan atmosfera (120-150 kg/jam) melalui paip-paip condong selari (38 mm jejari) yang terletak di bawah dandang wap, memberikan mekanisma pemanasan yang cepat melalui pusingan air di dalam dandang.  LPG, disel dan minyak tanah sebagai bahan bakar.
 
5.         Wap di dalam tiub kondenser memberi kondensasi yang cekap bagi wap mengandungi minyak pati.
 
6.         Ciri keselamatan tabung bahan mematuhi ASME-Section II (1998).
 
 
Kebaikan alat penyuling adalah seperti berikut:
 
1.         Ia boleh digunakan di ladang tanpa menggaji seorang boilerman kerana ia dijalankan ditekanan atmosfera.
 
2.         Sistem penyulingan boleh dibuat oleh kilang tempatan dan ini menjimatkan tukaran wang asing kerana tidak perlu mengimport sistem penyulingan menggunakan dandang komersial.
 
3.         Bakal pengguna ialah penanam dan pemeroses tanaman minyak pati.

Sutra Essential @ sutraessential.blogspot.com

Isnin, 25 Mei 2009

Sistem Penyulingan Untuk Minyak Pati



Sistem Penyulingan Untuk Minyak Pati
 
NAMA TEKNOLOGI:  Sistem Penyulingan Untuk Minyak Pati
 
Penyelidik-Penyelidik Utama
Ketua Projek:  Ahmad bin Ab. Wahab
Penyelidik-penyelidik bersama:  Abdul Rahman bin Idris,  Mansor bin Puteh
 
Teknologi
Beberapa rekabentuk untuk penyulingan minyak pati seperti tea-tree, serai wangi, serai makan, nilam, kayu manis, lada hitam, pala, akar wangi, allspice, cucur atap, limau purut, limau bali, limau pagar dan lain-lain telah dibangunkan.  Reka bentuk alat penyulingan adalah terbahagi kepada tiga seperti berikut:
 
1.       Alat penyulingan skala kecil
2.       Alat penyuling skala sederhana
3.       Alat penyuling skala besar
 
 
Keterangan ringkas teknologi
a.        Alat penyuling skala kecil menggunakan wap yang lembap di kadar 1.8 – 2.0 kg/jam. Alat penyuling boleh menampung 50-80 kg bahan sulingan bagi satu penyulingan (bergantung jenis tanaman minyak pati).  Suatu “vapour-in-tubes condenser” yang diletakkan menegak diguna. Rekabentuk ini adalah jenis mudah-alih dan sesuai sebagai sistem penyulingan untuk pekebun kecil.
 
b.                 Alat penyuling skala sederhana mengandungi dua unit tabung bahan, satu unit dandang satelit, satu unit “condenser”, satu unit pemisah minyak dan satu unit sistem gentri.  Dandang satelit menghasilkan 120-150 kg/jam wap yang kering ditekanan atmosfera dan menggunakan disel sebagai bahan bakar.  Wap dimasukkan ke dalam dua tabung bahan menggunakan dua hos wap.  Penyulingan berlaku di dalam dua tabung bahan yang mengandungi bahan sulingan dan wap yang terhasil akan disalurkan kepada kondenser di mana wap dan minyak akan bertukar menjadi cecair dan dikumpulkan di dalam pemisah minyak.  Minyak pati kemudian dipisahkan dari air.  Tabung bahan, dandang satelit, kondenser pemisah minyak dibuat dari besi kalis karat 304 dengan ketebalan yang sesuai.  Sistem ini disertakan lengkap dengan bakul-bakul pengisian/pengeluaran bahan suling.
 
c.         Alat penyuling skala besar mengandungi empat unit tabung bahan, satu unit dandang komersil, dua unit kondenser, dua unit pemisah minyak dan satu unit sistem gentri.  Setiap tabung bahan mempunyai isipadu 23.4m3 yang boleh menampung 500 kg bahan suling.  Dandang komersil menjana 200-500 kg/jam wap ditekanan tertentu menggunakan disel sebagai bahan bakar.  Wap dimasukkan ke dalam empat tabung bahan yang mengandungi bahan suling dan wap yang mengandungi air.   Minyak pati disalurkan ke kondenser yang mana wap air dan minyak akan bertukar menjadi cecair dan dikumpulkan di dalam pemisah minyak.  Minyak pati kemudian dipisahkan dari air.  Tabung bahan kondenser, pemisah minyak diperbuat daripada besi kalis karat 304.  Sistem ini disertakan lengkap dengan bakul-bakul pengisian/pengeluaran bahan suling.
 
 
Ulasan am berkaitan dengan pengkomersilan
Penanaman tumbuhan minyak pati patut digalakkan dahulu sebelum mempromosikan teknologi penyulingan ini.  Sementara menunggu kebun tanaman-tanaman ini diadakan, bahan-bahan mentah dari negara jiran boleh diimport dan dipasarkan sebagai produk-produk bernilai tambah melalui “fractionation” dan pembangunan produk.
 
 
Bukti penyelidikan
Penerbitan

1.       Abd. Rahman Azmil, I., Omar, T. and Ahmad, A.W. (2201).  Effect of agronomic practices on the yield and oil quality of kesum (Polygonum minus) J. Trop. Agric. and Food Sc. 29 (1).
 
2.       Ahmad, A.W., Abd. Rahman Azmil, I. and Mohd. Noh. J. (1999).  Production and processing of essential oils (tea-tree, kesum patchouli and vanilla).  Kertas kerja yang dibentangkan di International Conference and Exhibition on Herbs, 9-10 Nov. 1999, The Mines Resort, Serdang, Selangor.
 
3.       Ahmad, A.W., Mansor, P., Abdul Malek, Y. and Jaafar, H. (1998).  Distillation of tea-tree (Melaleuca alternifolia) oil.  I. Establishment of basic parameters and standard conditions for a test distiller and evaluation of two prototype distillers.  J. Trop. Agric. and Food Sc. 26(2): 175-187.
 
4.       Ahmad, A.W., Mansor, P. and Tunku Kassim, T.A.R. (1998).  Distillation of tea-tree (Melaleuca alternifolia) oil.  II.  Comparison of different fuels for steam generation using a prototype distiller.  J. Trop. Agric. and Food Sc. 26 (2): 189-194.
 
5.       Muhamad Ghawas, M. and Ahmad A.W. (2202.  Yield performance and chemical constituents of selected local lines of Ocimum accessions. J. Trop. Agric. and Food Sc. 30(2): 145-150. Puat, N.A., Abdul Rahman Azmil, I., Mansor, P. and Ahmad, A.W. (2002).  Effect of planting density, nitrogen fertilizer and harvesting frequency on the Performance of tea-tree (Melaleuca alternifolia).  Kertas kerja yang dibentangkan di Workshop RMKe-7 Research Project Achievements, RIC Center, MARDI 20-21 August 2002, Sutra Beach Resort Terengganu.

Sutra Essential @ sutraessential.blogspot.com