SUTRA....

WORLDWIDE OEM, STOKIST & WHOLESALER WANTED !


SUTRA membawa maksud penyatuan antara tubuh dan jiwa dengan menggunakan aromaterapi. Kami menciptakan ketenangan dengan produk yang seimbang untuk keperluan anda, sesuai untuk gaya hidup yang sihat dan moden. Produk-produk kami dirumuskan khas menggunakan hanya 100% minyak yang tulen, memberikan aromaterapi yang bermanfaat untuk minda, tubuh dan semangat anda.

Friday, September 18, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN


Kami dari Tropical Bioessence Marketing ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua STOKIS & PENGEDAR , serta pelanggan-pelanggan kami yang telah menyokong kami selama ini. Kami juga memohon maaf sekiranya terdapat salah silap dalam apa jua urusan bersama kami. Semoga bergembira di Hari Raya ini. Selamat menyambut Hari Raya…

Ikhlas dari,

Warga Tropical Bioessence Marketing

Thursday, August 13, 2009

BEBAS DARI VIRUS INFLUENZA A DI PEJABAT


Kaedah kuarantin dan pengasingan mungkin adalah cara yang cukup baik untuk mengurangkan risiko penyebaran virus ini dan mungkin adalah asas strategi yang paling baik. Virus H1N1 bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan awam, ianya juga memberi kesan negatif kepada produktiviti pekerja apabila semakin ramai pekerja yang terpaksa tinggal di rumah untuk memastikan selesema di pejabat tidak merebak kepada rakan sekerja yang lain.

Pekerja dan majikan haruslah peka terhadap virus ini. Mereka harus sedar bahawa Influenza A(H1N1) kini semakin menular dengan teruk terutamanya apabila menular di kalangan pekerja mereka kerana apabila jangkitan ini merebak di dalam pejabat, perniagaan juga akan mendapat kesan yang teruk.

Bagaimana selesema babi merebak di dalam pejabat?
Secara amnya, terdapat 2 cara ianya boleh merebak di dalam pejabat anda. Pertama, apabila orang yang telah terjangkit batuk/ bersin tanpa menutup hidung dan mulut, virus akan tersebar ke udara. Ianya boleh merebak kepada orang lain dengan mudah. Kedua, orang yang telah dijangkiti mencemarkan udara dengan virus dari mulut dan hidung mereka di mana-mana tempat yang disentuh tanpa membasuh tangan. Anda sudah boleh menjangkakan apa yang berlaku seterusnya? Contohnya jika rakan sekerja anda yang telah dijangkiti virus influenza A ini menyentuh anda, papan kekunci komputer anda, anda mungkin terdedah kepada virus ini.

TAHUKAH ANDA? DI PEJABAT, ANDA BERKONGSI BERNAFAS DENGAN

UDARA YANG SAMA DENGAN MEREKA YANG TELAH DIJANGKITI

Pusat penyaman udara mungkin adalah salah satu rahmat bagi anda di pejabat tetapi ianya boleh membawa keburukan di mana ianya turut membawa jangkitan-jangkitan melalui udara. Jika anda bekerja di dalam pejabat dengan keluasan kira-kira 20m panjang, 10m lebar dan 3m tinggi, jumlah udara yang terdapat dalam pejabat anda mungkin cuma kira-kira 6,000 meter padu. Manusia normal bernafas kira-kira 15-18 kali dalam seminit dengan setengah liter ke satu liter daripada udara yang akan keluar masuk melalui paru-paru setiap kali.

Jika anda menghidu 600ml udara masuk dan keluar dari paru-paru anda secara purata 16 kali seminit, secara teorinya anda mungkin telah menghidu semua udara di dalam pejabat anda melalui paru-paru anda dalam 10 jam sahaja. Jika anda menghidu udara yang telah tercemar anda telah berkongsi udara yang tercemar tersebut dengan rakan sekerja yang lain.

Tombol pintu, butang lif dan papan kekunci komputer adalah benda yang selalu disentuh. Kemudian, terdapat juga risalah-risalah, dokumen yang anda mungkin edar kepada rakan sekerja yang lain dan butang masuk keselamatan yang anda selalu sentuh beberapa kali setiap hari.

Berapa ramai rakan sekerja anda yang sedar tentang kebersihan tangan mereka apabila mereka bersih, batuk atau keluar daripada tandas tanpa membersihkan tangan mereka. Kemudian mereka membuka pintu pejabat anda atau menyentuh papan kekunci komputer anda? Berhati-hatilah kerana penyebaran virus di dalam pejabat adalah sangat mudah.

CARA UNTUK PENCEGAHAN?

Mungkin anda patut mencuba pengewap aromaterapi (diffuser) dengan menggunakan minyak pati sutra aromaterapi yang akan menyebarkan aroma di udara di samping membersihkan udara yang tercemar, ianya juga boleh membantu mencegah bakteria daripada merebak melalui udara.

Pengewap Aromaterapi (diffuser) dapat menyah bau asap rokok, menghalau nyamuk, anti-mite, menenangkan perasaan stress dan membantu masalah asma & pernafasan dll fungsi teraputik. Pengewap aromaterapi ini amat baik untuk pencegahan dari wabak Influenza A H1N1 (swine flu).

Sesuai dipasang di dalam rumah, pejabat, sekolah, tadika & institusi lain. Berbeza daripada bauan-bauan aromaterapi yang lain, kebanyakkan minyak pati Sutra Aromaterapi didatangkan dengan 320 antibakteria dengan bauan semulajadi. Ini untuk memastikan ia dapat menyerap bauan yang busuk, bakteria, asap rokok, serangga, merangsang pernafasan dan menenangkan minda (100% without toxic). Setiap minyak pati Sutra Aromaterapi mempunyai esktrak botani semulajadi.

Penggunaan pengewap aromaterapi dengan minyak pati Sutra Aromaterapi memberi kesan kebaikan yang amat baik di mana:

1. Kualiti udara

Pengewap aromaterapi dengan bantuan Sutra aromaterapi membantu anda menikmati kualiti terapi daripada minyak pati dalam beberapa jam dengan hanya beberapa titik minyak pati sahaja. Ianya menyebarkan aroma minyak pati di seluruh bilik. Diffuser sangat berguna memandangkan ia menyebarkan zarah minyak pati dalam molekul yang kecil di seluruh kawasan bilik ia ditempatkan. Diffuser aromaterapi digunakan untuk memecahkan molekul-molekul kecil minyak pati kepada zarah-zarah mikro yang kecil yang akan terapung ke udara.

2. Manfaat kesihatan

Diffuser ini bermanfaat untuk Pekerja, anda yang sering berasa tertekan, mempunyai kulit kering, serta mempunyai alergi dan asma kerana ianya bukan sahaja mampu memberi udara yang sihat ianya juga berfungsi seperti pelembap udara lantas memberi kesihatan yang lebih baik kepada anda.

3. Selamat digunakan

Dengan diffuser aromaterapi, tidak perlu lagi penggunaan api serta terdedah dengan udara yang panas dan selamat digunakan. Ianya juga selamat ditinggalkan semasa anda tidur dan juga boleh digunakan di dalam bilik anak anda. Bagi anda yang sibuk, ianya tidak memakan masa yang banyak untuk kerana ia Cuma boleh ditentukan mengikut masa yang anda ingini.

4. Masalah habuk di dalam kediaman, pejabat, salon, butik kecantikan

Tahukah anda kita bernafas 22,000 kali sehari, menghidu 400 kaki keluasan udara. Tanpa kita sedari, kita juga menghidu asap serta habuk di dalam bilik sama ada di rumah, pejabat, salun, butik kecantikan atau di mana sahaja anda berada yang pastinya memberi kesan negatif terhadap kesihatan anda. Ini kerana, 80% masa dihabiskan di dalam bilik di mana udaranya mungkin tidak bersih berbanding di luar bilik. Justeru itu, diffuser aromaterapi membantu mengurangkan habuk di kediaman anda.

5. Bakteria di udara

Kabus berbau wangi yang keluar daripada diffuser boleh membunuh bakteria dan pencemaran di udara lantas memberi kesihatan udara yang lebih baik di dalam rumah, bilik, spa, salon dan butik kecantikan anda.


Wednesday, July 1, 2009

Jom Sertai Kuiz Sutra Aromaterapi

Banner Maker

DAPATKAN SOALAN KUIZ SUTRA AROMATERAPI UNTUK MINGGU KEEMPAT SEKARANG!!

5 LAGI PERFUME PERCUMA UNTUK DIMENANGI!!

Sebagai tanda menghargai semua pelanggan SUTRA, pihak Tropical Bioessence Marketing akan mengadakan kuiz berkisar tentang Sutra Aromaterapi. Kuiz ini juga adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara pelanggan dan juga pihak syarikat. Diharapkan pertandingan ini akan memberi manfaat kepada anda semua. Tiada yuran penyertaan dikenakan cuma jawab soalan-soalan yang disediakan dan kami akan memberi hadiah kepada pemenang setiap minggu berdasarkan jawapan anda.


SOALAN :

Question 1: State the business opportunities offered by Tropical Bioessence
Question 2: Other than become the supplier of aromatherapy products, Tropical Bioessence also offer contract manufacturing and contract services. State the elements of contract manufacturing and contract services.
Question 3: Explain how does this company get enough and continously supply of raw materials?


SILA HANTAR MAKLUMAT PERIBADI ANDA SEPERTI:

1. Full Name

2. Ic No

3. Email

4. Address

5. Phone number(Home/Hp)

6. Questions and the answers.


HANTARKAN DENGAN SUBJEK ’SUTRA AROMATHERAPY QUIZZE ANSWER’ MELALUI:

Email: aromasutra@yahoo.com

Faks: 06-2323887

Post: No.88, Jalan TU2, Taman Tasik Utama, 75450 Ayer Keroh Melaka.


PEMENANG AKAN MEMENANGI 5 JENIS SUTRA ROLL ON PERFUMES!!

Romeo Juliet Charming My Heart Promise


JAWAPAN HARUS DIHANTAR SEBELUM 5 AUGUST 2009

SELAMAT BERJAYA!!

____________________________________________________

APA YANG ANDA HARUS LAKUKAN?

Layari website http://www.sutraessential.com untuk mencari jawapan kerana soalan adalah berdasarkan laman web ini.


SYARAT & PERATURAN:

1. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua peringkat umur, terutama warganegara Malaysia.

  • Terbuka kepada pelanggan sahaja, Sutra Shoppe, Sutra Point & Rakan Sutra tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.

2. Soalan-soalan kuiz Aromaterapi ini hanyalah berdasarkan website kami iaitu http://www.sutraessential.com sahaja.

3. Kuiz ini akan diadakan selama 5 minggu bermula pada 1 JULAI 2009 sehingga 12 OGOS 2009.

4. Hadiah bagi setiap minggu adalah berbeza.

5. Pemenang akan diumumkan atau dipaparkan di dalam website setiap minggu selama 5 minggu. Pada minggu kelima adalah untuk penyertaan terbanyak. Pemenang juga akan dihubungi untuk maklumat lanjut.

6. Pihak Tropical Bioessence Marketing berhak untuk mempromosikan nama pemenang-pemenang kuiz di dalam promosi syarikat.

PANDUAN KEPADA PESERTA KUIZ SUTRA AROMATERAPI

1. Kuiz ini akan berlangsung selama 5 minggu. Setiap minggu soalan akan dikeluarkan sebanyak 3 soalan sahaja. Jawapan yang paling tepat akan dipilih sebagai pemenang mingguan.

2. Soalan-soalan kuiz ini hanyalah berdasarkan website http://www.sutraessential.com sahaja.

3. Sila hantar butir peribadi anda seperti:

  • Full Name:
  • Ic No:
  • Email:
  • Address:
  • Phone number(Home/Hp):
  • Questions and the answers:

4. Hantarkan butir peribadi anda dengan subjek bertajuk ’SUTRA AROMATHERAPY QUIZZE ANSWER’ melalui:

  • Email: aromasutra@yahoo.com
  • Faks: 06-2323887
  • Post: No.88, Jalan TU2, Taman Tasik Utama, 75450 Ayer Keroh Melaka.

HADIAH UNTUK DIMENANGI:

  • Minggu Pertama: 2 Jenis Roll On Perfume
  • Minggu Ke-2: 3 Jenis Roll On Perfume
  • Minggu Ke-3: 4 Jenis Roll On Perfume
  • Minggu Ke-4: 5 Jenis Roll On perfume
  • Minggu Ke-5: 6 Jenis Roll On Perfume


Pemenang akan diumumkan setiap minggu.

Jangan lepaskan peluang yang ada.

Jadilah pemenang kami setiap minggu.

Kami sentiasa menawarkan anda hanya yang terbaik.

_____________________________________________________

Untuk maklumat lanjut mengenai kuiz ini, hubungi kami:

Cik Elsa: 019-6709216

Cik Ann: 013-6002842

Cik Hanim: 019-3563825

Email: aromasutra@yahoo.com

Thursday, June 25, 2009

AROMATERAPI ATASI TEKANAN

3Juta Rakyat Malaysia Sakit Mental?

SUNGAI PETANI, 22 Nov 2007 (Bernama) — Sebanyak 16 peratus atau tiga juta daripada 26 juta penduduk di negara ini disahkan mengalami sakit mental dan jumlah ini adalah sesuatu yang membimbangkan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Katanya, penemuan data terbaru Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan bagi tahun 2006 mendapati kes gangguan mental di kalangan rakyat Malaysia meningkat sebanyak hampir 6 peratus berbanding kajian yang dijalankan 10 tahun lepas.

stress [320x200]
Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 20.3 peratus adalah di kalangan kanak-kanak dan remaja berusia bawah 16 tahun. “Antara faktor tekanan jiwa di kalangan remaja adalah kerana gagal mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan, tekanan daripada keluarga dan sekolah serta tiada sokongan masyarakat,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kesihatan Mental Sedunia peringkat kebangsaan di sini hari ini.
stress (1) [320x200]

Katanya, ada di antara murid sekolah tertekan kerana tidak mendapat semua A dalam peperiksaan dan kemudiannya mereka dihina dan dikatakan bodoh serta tidak berguna untuk hidup, jadi mereka mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah iaitu dengan membunuh diri.
Chua berkata, daripada jumlah itu juga sebanyak 11.2 peratus adalah pesakit di kalangan orang dewasa dan 19.5 peratus di kalangan warga emas yang berusia melebihi 70 tahun.
“Masalah kesihatan mental tidak boleh dipandang ringan, beban penyakit itu memberi kesan kepada masyarakat dan negara dan kos perubatan untuk pesakit mental adalah semakin tinggi manakala pesakit pula sering tidak mendapatkan rawatan awal kerana percayakan rawatan bomoh,” kata beliau.

Terjun2 [320x200]

Kes membunuh diri juga didapati semakin meningkat dengan sebanyak 20 hingga 30 orang daripada setiap 100,000 rakyat Malaysia membunuh diri setiap tahun.

Beliau berkata, kementerian juga mengalami masalah kekurangan pakar psikiatri kerana stigma masyarakat untuk menjadi pakar jiwa.”Ada orang kita menggelar pakar jiwa `doktor gila’ dan ini menyebabkan kursus perubatan psikiatri tidak begitu popular sehingga sekarang,” kata beliau.
Katanya, setakat ini cuma terdapat 145 orang pakar psikiatri dan negara memerlukan lebih 300 pakar lagi dalam bidang itu untuk mencapai nisbah 50 pesakit bagi seorang psikiatri. Chua berkata, sehubungan itu kerajaan mahu usaha mempertingkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental dipertingkatkan.

AROMATERAPI MEMBANTU PELAJAR? BAGAIMANA?

Daripada artikel di atas, dapat kita simpulkan bahawa golongan pelajar tidak terkecuali daripada terkena tekanan hidup. Contoh-contoh yang dapat kita petik dari artikel tersebut seperti: “Antara faktor tekanan jiwa di kalangan remaja adalah kerana gagal mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan, tekanan daripada keluarga dan sekolah serta tiada sokongan masyarakat,” kata Menteri Kesihatan pada masa itu, Dr Chua Soi Lek kepada pemberita. Jadi bayangkan tekanan hidup yang dihadapi oleh para remaja sekalian terutamanya para pelajar.

DSCF1020 [320x200]

Terdapat juga para pelajar yang tertekan kerana tidak mendapat semua A dalam peperiksaan dan kemudiannya mereka dihina dan dikatakan bodoh serta tidak berguna untuk hidup, jadi mereka mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah iaitu dengan membunuh diri. Bukankah perkara ini amat membimbangkan dan sekiranya berlanjutan kemungkinan kita akan kehilangan ramai pelajar yang berpotensi menjadi tunggak kepada negara di masa akan datang.

DSC09899 [320x200]

Apa pula fungsi aromaterapi dalam mengatasi tekanan pelajar? Daripada perkataan aromaterapi itu sendiri dapat kita memahami bahawa aromaterapi adalah salah satu terapi tekanan dengan menggunakan aroma. Tahukah anda bauan aromaterapi mampu memberi ketenangan kepada anda sekaligus membantu anda mengatasi tekanan dan mengelakkan anda daripada terkena pelbagai penyakit yang akan memudaratkan anda. Tahukah anda sekiranya penyakit mental yang dialami berpanjangan ianya akan memberi kesan kepada kesihatan dan peluang untuk anda terkena penyakit-penyakit berikut adalah besar seperti:

  1. Barah Perut
  2. Penyakit kardiovaskular
  3. Saluran koronari jantung
  4. Pendarahan
  5. Keadaan berkait dengan otot

Karl Albrecht di dalam Stress and the Manager (1979): “Tindak balas tekanan ialah pergerakan kimia yang disesuaikan di dalam seluruh tubuh manusia untuk memenuhi keperluan dalam pergelutan kehidupan dan kematian atau untuk mendapatkan kebebasan yang pantas dalam keadaan itu. Tindak balas tekanan ini bergantung kepada penanggapan otak terhadap betapa parahnya keadaan.”

Aromaterapi yang mempunyai kandungan minyak pati berikut membantu anda sebagai pelajar:

lavender-harvest [320x200]

1. Lavender: Menenangkan dan mengurangkan tegangan

Sememangnya bauan lavender sangat mendamaikan serta memberi perasaan tenang dan mengatasi tegangan yang dialami. Sebagaimana yang kita tahu, minyak pati Lavender selalu digunakan sebagai minyak wangi dan kini juga boleh digunakan untuk aromaterapi. Bauannya yang lembut memberi perasaan tenang dan damai kepada pemakai. Ianya mengurangkan kesakitan sakit kepala apabila dihidu bauannya menggunakan diffuser ataupun disapukan terus ke kulit anda.

rosemary [320x200]

2. Rosemary: Mengasah dan merangsang minda

Michales Scholes dari pusat Pengajian Kajian Aromatic Michales Scholes berpendapat samada secara sendirian atau bercampur bersama, lavender, chamomile, peppermint, spearmint dan rosemary membolehkan seseorang itu relaks serta menurunkan tekanan darah. Kajian mendapati asid karnosik yang terdapat dalam Rosemary mampu menurunkan risiko penyakit seperti alzheimer dan strok.

geranium-rozanne [320x200]

3. Geranium: mengatasi stress

Minyak pati geranium biasanya diperolehi hasil pengekstrakan daunnya yang mengandungi anti-bakteria, anti-tekanan, anti-virus, anti-radang, menenangkan, mengimbangi dan merangsang tubuh supaya kekal sihat.

rosemary [320x200]

4. Clary Sage: Ketenangan

Minyak pati clary sage digunakan sebagai anti-stress, pewangi badan yang mengandungi antiseptik, membantu pencernaan, dan sebagai sedatif.

sandalwood [320x200]

5. Sandalwood: insomnia dan ketegangan


juniper berry [320x200]

6. Juniper Berry : Mengatasi tekanan dan perasaan marah


sweet_marjoram [320x200]

7. Sweet Marjoram: Mengurangkan keletihan


Rangkaian minyak pati aromaterapi dari Tropical Bioessence membantu anda mengatasi stress yang terdiri daripada bauan cajeputi (daun gelam), Citrus Lime, Cinnamon leaf (daun kayu manis), Patchouli (nilam), citronella (Serai wangi) dan lavender.

Berikut merupakan minyak pati yang digunakan untuk mengatasi masalah yang berkait rapat dengan tekanan. Minyak pati banyak memberi manfaat kepada pelajar-pelajar yang banyak terdedah kepada tekanan seperti di bawah:

atasi-marah [320x200]

1. Marah, Keletihan: Basil, bergamot, chamomile, clary sage, cypress, frankincense, geranium, hyssop, jasmine, juniper, lavender, marjoram, melissa, neroli, ylang-ylang

070522_ujian-nasional [320x200]

2. Ketegangan: Basil, clary sage, grapefruit, jasmine, lavender, melissa, neroli, rose, sandalwood, vetiver, ylang-ylang

insomnia [320x200]

3. Masalah sukar tidur(Insomnia): Basil, chamomile, lavender, mandarin, marjoram, melissa, neroli, petitgrain, rose, sandalwood, thyme, ylang-ylang

gelisah [320x200]

4. Perasaan gelisah: Basil, cinnamon, citronella, coriander, ginger, grapefruit, hyssop, jasmine, lavender, lemon grass, peppermint, nutmeg, rosemary, ylang-ylang

pd_stress_070508_ms-1 [320x200]

5. Tekanan yang melampau: Basil, bergamot, cedarwood, chamomile, cinnamon, frankincense, geranium, jasmine, lavender, marjoram, melissa, neroli, palmarosa, rosemary, vetiver, ylang-ylang

Jadi jangan ragu-ragu untuk menggunakan aromaterapi kerana ianya banyak membantu dari segi kesihatan kepada anda sebagai pelajar.

Sutra Essential @ sutraessential.blogspot.com

Sunday, June 21, 2009

Maklumat Ringkas Perbadanan Bioteknologi Melaka (PBM)


Perbadananan Bioteknologi Melaka ditubuhkan pada Februari 2003 dan telah dirasmikan oleh Dato’ Seri Hj. Abdullah bin Hj Ahmad Badawi pada 13 Januari 2005. Agensi badan berkanun ini merupakan pusat bioteknologi pertama yang ditubuhkan di Malaysia. Dibawah PBM, terdapat dua entiti yang menjadi tunjang kepada operasi keseluruhannya iaitu Institut Bioteknologi Melaka sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan dan Melaka Biotech Holding Sdn. Bhd. yang berperanan sebagai agensi pelaburan dan pengkomersilan produk hasilan pakar penyelidik di Institut. PBM ini ditubuhkan oleh kerajaan Negeri Melaka dengan tujuan untuk mempromosikan penyelidikan dan pembangunan yang berasaskan bioteknologi di Negeri Melaka.

Dengan usaha yang berterusan, sokongan dan galakkan dari Kerajaan Negeri Melaka, PBM akan terus menjadikan bidang bioteknologi sebagai salah satu agenda bagi mencapai matlamat Melaka Maju 2010 dengan menyahut seruan YAB Perdana Menteri dalam menjadikan industri bioteknologi sebagai salah satu pemangkin pembangunan negara.

Peluang pelaburan

Kerajaan Negeri Melaka telah menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur bagi pembangunan bioteknologi Negeri Melaka seperti Bio City yang dijangka dapat menarik minat pelabur asing ke Melaka. Tidak ketinggalan, Penubuhan Taman Bioteknologi MIEL Londang turut membantu usahawan supaya terlibat secara langsung dalam bidang bioteknologi. Bantuan kewangan dari agensi perbankan dan juga geran pembangunan perniagaan merupakan antara usaha kerajaan bagi menarik minat pelabur untuk melabur di Melaka.

Antara pencapaian PBM yang terkini adalah penubuhan makmal toksikologi yang yang berfungsi untuk menjalankan ujian toksikologi yang melibatkan pelbagai sektor seperti perindustrian, alam sekitar, pengeluaran makanan dan kosmetik. Dengan adanya perkhidmatan ini, pelabur yang terlibat secara langsung atau tidak, dapat menikmati perkhidmatan ini supaya dapat menjalankan aktiviti masing-masing dengan selamat. Selain itu PBM turut menawarkan beberapa perkhidmatan ujian klinikal antaranya, antioksidan khusus untuk pelabur yang ingin mendapatkan pengesahan produk mereka dalam industri makanan dan kosmetik.

Selain itu, PBM telah menghasilkan dua usahawan yang berjaya untuk mengkomersilkan produk mereka untuk produk penjagaan diri dan rumah- Tropical Bioessence Sdn. Bhd. serta industri kultur tisu iaitu Invitrotech Sdn. Bhd. bagi tumbuhan yang bernilai tinggi seperti herba dan tanaman komersil. PBM mengalu-alukan kedatangan para pelabur untuk melabur dalam bidang bioteknologi dengan menyertai Program Pemindahan Teknologi (Technology Transfer)

Sutra Essential @ sutraessential.blogspot.com

Friday, June 19, 2009

RM420 untuk setiap 12 gram minyak pati gaharu

Mazalan Mohamed dari Gua Musang menjual minyak gaharu pada harga RM420 untuk 12 gram di pasaran Dubai dan Bahrain.





TATKALA menaip perkataan 'gaharu' di laman web, bersusun alamat laman web dari Indonesia pada skrin komputer. Masing-masing mempromosikan minyak gaharu atau lebih dikenali sebagai agarwood oil di peringkat dunia.

Minyak yang menghasilkan aroma yang mewangi ini mendapat permintaan yang amat tinggi di Timur Tengah, terutamanya Arab Saudi dan Dubai, berikutan adat masyarakat di sana yang gemarkan wangi-wangian. Ia sama ada dicampur dengan minyak lain untuk menghasilkan minyak wangi atau minyak atar, atau dijual tulen.

Malaysia sebaliknya lebih cenderung untuk mengeksport hasil kayu ini dalam bentuk kepingan kayu karas atau damar gaharu berbanding minyak yang diekstrak.

Malah sehingga tahun 1997, Lembaga Perkayuan Malaysia (MTC) melaporkan bahawa negara ini pernah mengeksport gaharu dalam bentuk kepingan bernilai lebih RM50 juta dalam tempoh lima tahun.

"Saya sudah terlibat dalam perniagaan karas-gaharu ini sejak 18 tahun lalu. Tujuh tahun pertama saya mulakan dengan menjual kepingan kayu karas dan damarnya sahaja, sama ada ke pasaran Thailand ataupun tempatan.

"Tetapi setelah melihat cara kayu-kayu ini diproses serta pulangan yang cukup lumayan daripada penjualan minyaknya, saya memutuskan untuk pergi lebih jauh," ujar Mazalan Mohamed, 40, yang ditemui di kilang memproses minyak gaharunya yang terletak di Kampung Star Baru, Gua Musang, Kelantan.


Mesin pengisar yang didatangkan dari Thailand


Mazalan turut beroperasi tanpa orang tengah, selain mengubah pendekatan perniagaan dengan menjual minyak gaharu berbanding sekadar kepingan kayu karas.

Jika sebelum ini Mazalan hanya memenuhi permintaan Thailand dan tempatan, kini minyak gaharu keluaran PMW Enterprise sudah berada dalam pasaran Dubai, Arab Saudi dan Bahrain.

Menjenguk kilang-kilang pemprosesannya, bahang yang berkuap di dalam dirian sederhana itu tidak sedikit pun melunturkan semangat krewEKSTRA untuk meninjau lanjut.

Kedatangan yang disambut dengan pemandangan dua wanita berusia yang sedang mencincang kepingan kayu karas yang memenuhi ruang lantai menambah lagi keinginan untuk meneroka.

Biarpun bertubuh kurus dan sudah berusia, kedua-dua wanita ini pantas saja melakukan kerja. Sekali-sekala melemparkan senyuman ke arah kami, tangan mereka terus menghentak parang dalam genggaman.

Potongan kayu karas itu kemudiannya dimasukkan ke dalam sebuah mesin pengisar yang berdiri tegap di satu sudut. Kongsi Mazalan, mesin itu berharga tidak kurang daripada RM12,500 sebuah.

"Hasil kisaran kemudiannya diperam di dalam air selama dua minggu. Selepas itu ia akan dikeringkan. Untuk karas gred rendah, kami asingkan untuk dijual bagi membuat colok.

"Hasil daripada karas gred bermutu lebih tinggi akan dimasak di dalam dapur antara lima hingga 10 hari, bergantung kepada gred, untuk mengekstrak minyaknya," jelas anak kelahiran Kampung Chasi, Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan ini.

Bahagian pemprosesan yang menggunakan teknologi yang 'diimport' dari Thailand ini memperlihatkan 60 dapur berbaris panjang dengan setiap satunya dilengkapi tong gas sendiri. Kata Mazalan, kos keseluruhan pembinaan dapur ini ialah RM50,000.

"Satu pusingan memasak serbuk kayu karas untuk gred C rendah, yang mengambil masa lima hari, menghabiskan sehingga dua tong gas 16.5 kilogram.

"Tetapi untuk gred C tinggi dan ke atas yang dimasak sehingga 10 hari, empat tong gas yang sama diperlukan," tambah bapa kepada empat orang anak ini.


KOS pembuatan dan pemasangan dapur ini mencecah RM50,000.


Selepas lima hari, minyak gaharu akan terkumpul di dalam tabung suling dan terapung di lapisan atas permukaan air. Ekstrak ini akan 'dikutip' pada setiap lima hari mengikut jadual yang ditetapkan.

Mendirikan tiga buah kilang, dengan sebuah di Bukit Beruntung, Selangor, Mazalan berkata pemprosesan dijalankan 24 jam sehari. Ini kerana jika api dapur dimatikan, proses pemanasan akan menggunakan lebih banyak gas dan memakan masa.

Untuk tujuan eksport, Mazalan menyimpan minyak gaharu yang telah dikumpul ke dalam botol aluminium bermuatan 1.2 liter. Dalam sebulan, dapur itu dapat menghasilkan enam botol aluminium minyak gaharu.

"Minyak ini dijual pada harga RM420 setiap 12 gram, iaitu menyamai satu botol tolal.

"Kami dapat menjual pada harga ini kerana kami dapat menyediakan minyak gaharu yang pekat sebagaimana diminta pembeli," katanya yang menjelaskan, semakin pekat minyak gaharu, semakin tinggi nilainya.


Sutra Essential @ sutraessential.blogspot.com

Kementerian Tingkatkan Penghasilan Minyak Pati Berskala Komersil


Kementerian Tingkatkan Penghasilan Minyak Pati Berskala Komersil
ALOR GAJAH, 16 Jun (Bernama) -- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mempertingkatkan penghasilan minyak pati berskala komersil yang boleh dipakejkan sebagai satu entiti pelaburan untuk dieksport .

Timbalan Menterinya, Datuk Rohani Abdul Karim berkata Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menerusi pusat inkubator di Kuala Linggi di sini memberi tumpuan kepada produk minyak pati berasaskan herba.

"Permintaan kepada minyak pati yang sebagai bahan utama minyak wangi mencecah kepada lima tan metrik sebulan oleh beberapa negara Kesatuan Eropah (EU) termasuk Switzerland," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran inkubator teknologi penyulingan minyak pati dan penutup bulan teknologi pertanian di stesen Mardi Kuala Linggi di sini.

Inkubator Teknologi Minyak Pati di Kuala Linggi adalah inkubator perintis dan satu-satunya di negara ini yang telah beroperasi sejak 2006.

Pada masa ini, katanya MARDI yang telah membangunkan pusat inkubator teknologi minyak pati dan pemprosesan produk berasaskan minyak pati hanya berupaya menghasilkan 40 kilogram sehari.

"Penghasilan berskala kecil ini masih jauh untuk memenuhi permintaan sebanyak lima tan metrik sebulan," katanya.

Menurut Rohani, bagi memenuhi permintaan sebanyak lima tan metrik sebulan oleh EU, memerlukan saiz tanah seluas 300 hektar bagi pengeluaran pokok nilam yang menghasilkan minyak pati.

Beliau berkata MARDI telah melantik Syarikat Essfa Sdn Bhd sebagai inkubati bagi inkubator teknologi di Kuala Linggi dan penghasilan lima tan metrik yang diperlukan akan bergantung kepada keupayaan syarikat berkenaan memenuhi permintaan.

"Pada masa kini, penghasilan minyak pati di Kuala Linggi dihasilkan menerusi ladang di Pagoh, Muar dan sekitar Kuala Linggi pada skala kecil iaitu kira-kira 30 hektar," katanya.

Harga semasa bagi satu kilogram minyak pati yang dieksport mencecah AS$100 (kira-kira RM353).

Beliau berkata saiz pasaran minyak pati dunia bernilai AS$7.5 bilion (RM26.5 bilion) setahun dan usaha mengkomersilkan minyak pati diharap dapat mengurangkan import minyak pati yang kini mencecah RM200 juta setahun.

Katanya kementerian juga merancang untuk membina sebuah lagi inkubator teknologi minyak pati di Bintulu, Sarawak.

Antara negara di rantau ini yang merupakan negara pengeluar minyak pati ialah Indoensia, China dan India.

Yang turut hadir di majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri Datuk Mohamad Hidhri Abu Hassan dan Ketua Pengarah MARDI Datuk Dr Abdul Shukor Abdul Rahman.

-- BERNAMA

Sutra Essential @ sutraessential.blogspot.com