SUTRA....

WORLDWIDE OEM, STOKIST & WHOLESALER WANTED !


SUTRA membawa maksud penyatuan antara tubuh dan jiwa dengan menggunakan aromaterapi. Kami menciptakan ketenangan dengan produk yang seimbang untuk keperluan anda, sesuai untuk gaya hidup yang sihat dan moden. Produk-produk kami dirumuskan khas menggunakan hanya 100% minyak yang tulen, memberikan aromaterapi yang bermanfaat untuk minda, tubuh dan semangat anda.

Ahad, 21 Jun 2009

Maklumat Ringkas Perbadanan Bioteknologi Melaka (PBM)


Perbadananan Bioteknologi Melaka ditubuhkan pada Februari 2003 dan telah dirasmikan oleh Dato’ Seri Hj. Abdullah bin Hj Ahmad Badawi pada 13 Januari 2005. Agensi badan berkanun ini merupakan pusat bioteknologi pertama yang ditubuhkan di Malaysia. Dibawah PBM, terdapat dua entiti yang menjadi tunjang kepada operasi keseluruhannya iaitu Institut Bioteknologi Melaka sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan dan Melaka Biotech Holding Sdn. Bhd. yang berperanan sebagai agensi pelaburan dan pengkomersilan produk hasilan pakar penyelidik di Institut. PBM ini ditubuhkan oleh kerajaan Negeri Melaka dengan tujuan untuk mempromosikan penyelidikan dan pembangunan yang berasaskan bioteknologi di Negeri Melaka.

Dengan usaha yang berterusan, sokongan dan galakkan dari Kerajaan Negeri Melaka, PBM akan terus menjadikan bidang bioteknologi sebagai salah satu agenda bagi mencapai matlamat Melaka Maju 2010 dengan menyahut seruan YAB Perdana Menteri dalam menjadikan industri bioteknologi sebagai salah satu pemangkin pembangunan negara.

Peluang pelaburan

Kerajaan Negeri Melaka telah menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur bagi pembangunan bioteknologi Negeri Melaka seperti Bio City yang dijangka dapat menarik minat pelabur asing ke Melaka. Tidak ketinggalan, Penubuhan Taman Bioteknologi MIEL Londang turut membantu usahawan supaya terlibat secara langsung dalam bidang bioteknologi. Bantuan kewangan dari agensi perbankan dan juga geran pembangunan perniagaan merupakan antara usaha kerajaan bagi menarik minat pelabur untuk melabur di Melaka.

Antara pencapaian PBM yang terkini adalah penubuhan makmal toksikologi yang yang berfungsi untuk menjalankan ujian toksikologi yang melibatkan pelbagai sektor seperti perindustrian, alam sekitar, pengeluaran makanan dan kosmetik. Dengan adanya perkhidmatan ini, pelabur yang terlibat secara langsung atau tidak, dapat menikmati perkhidmatan ini supaya dapat menjalankan aktiviti masing-masing dengan selamat. Selain itu PBM turut menawarkan beberapa perkhidmatan ujian klinikal antaranya, antioksidan khusus untuk pelabur yang ingin mendapatkan pengesahan produk mereka dalam industri makanan dan kosmetik.

Selain itu, PBM telah menghasilkan dua usahawan yang berjaya untuk mengkomersilkan produk mereka untuk produk penjagaan diri dan rumah- Tropical Bioessence Sdn. Bhd. serta industri kultur tisu iaitu Invitrotech Sdn. Bhd. bagi tumbuhan yang bernilai tinggi seperti herba dan tanaman komersil. PBM mengalu-alukan kedatangan para pelabur untuk melabur dalam bidang bioteknologi dengan menyertai Program Pemindahan Teknologi (Technology Transfer)

Sutra Essential @ sutraessential.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan