SUTRA....

WORLDWIDE OEM, STOKIST & WHOLESALER WANTED !


SUTRA membawa maksud penyatuan antara tubuh dan jiwa dengan menggunakan aromaterapi. Kami menciptakan ketenangan dengan produk yang seimbang untuk keperluan anda, sesuai untuk gaya hidup yang sihat dan moden. Produk-produk kami dirumuskan khas menggunakan hanya 100% minyak yang tulen, memberikan aromaterapi yang bermanfaat untuk minda, tubuh dan semangat anda.

Selasa, 26 Mei 2009

Alat penyulingan minyak pati skala sederhana.


Alat penyulingan minyak pati skala sederhana.
 
Sistem penyulingan mengandungi unit tabung bahan, satu unit dandang setelit, satu unit kondenser, satu unit pemisah minyak dan satu unit sistem gentri.  Setiap tabung bahan mempunyai kapasiti 23.4 m3 yang boleh dimasukkan lebih kurang 500 kg daun tea-tree yang baru dituai.  Dandang setelit menjana 120-150 kg/jam wap yang sederhana kering ditekanan atmosfera.  Diesel digunakan sebagai bahan bakar.
 
Wap dimasukkan ke dalam dua tabung bahan menerusi dua paip.  Penyulingan berlaku di dalam dua tabung bahan mengandungi bahan sulingan.  Wap yang mengandungi minyak pati disalurkan kepada kondenser di mana wap dan air akan menjadi cecair dan dikumpulkan di dalam pemisah minyak.  Minyak pati yang diperolehi kemudian dipisahkan dari air.  Tabung bahan, dandang setelit, kondenser dan pemisah minyak adalah diperbuat daripada besi kalis karat gred 304 dengan ketebalan yang tertentu.  Kecekapan sistem ini adalah seperti berikut:
 
1.         Perolehan kembali (recovery) 90% dan jumlah masa ekstraksi adalah lebih baik dari teknik penyulingan basah (60%) untuk tea-tree.
 
2.         Rekabentuk tabung bahan menggunakan ukuran asas (masa asas, ukuran kenaikan paras ketinggian bahan suling dan faktor lag) suatu penyuling ujian terbukti berjaya.
 
3.         Penggunaan wap yang sederhana kering mengurangkan kehilangan minyak melalui “run off” dan kesan “hydrophillic”.
 
4.         Dandang wap menjana wap secukupnya ditekanan atmosfera (120-150 kg/jam) melalui paip-paip condong selari (38 mm jejari) yang terletak di bawah dandang wap, memberikan mekanisma pemanasan yang cepat melalui pusingan air di dalam dandang.  LPG, disel dan minyak tanah sebagai bahan bakar.
 
5.         Wap di dalam tiub kondenser memberi kondensasi yang cekap bagi wap mengandungi minyak pati.
 
6.         Ciri keselamatan tabung bahan mematuhi ASME-Section II (1998).
 
 
Kebaikan alat penyuling adalah seperti berikut:
 
1.         Ia boleh digunakan di ladang tanpa menggaji seorang boilerman kerana ia dijalankan ditekanan atmosfera.
 
2.         Sistem penyulingan boleh dibuat oleh kilang tempatan dan ini menjimatkan tukaran wang asing kerana tidak perlu mengimport sistem penyulingan menggunakan dandang komersial.
 
3.         Bakal pengguna ialah penanam dan pemeroses tanaman minyak pati.

Sutra Essential @ sutraessential.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan